1. Jenis-jenis
Puisi Tradisional.
a. pantun
b. syair
c. nazam
d. gurindam
e. seloka
2. Nazam
dalam pelbagai versi masih berkumandang di kampung-kampung misalnya
dalammajlis-majlis berendoi dan kenduri kahwin seperti di Perak.
3. Pantun
adalah tradisi lisan yangmudah dikenali iaitu mempunyai dua baris pembayang dan
dua baris maksud dengan skimarima abab. Antara pantun yang terkenal dalam lagu
Melayu asli ialah Lagu Patah Hati patah hati teruslah merajuk lari ke hutan
belukar hatiku yang panas kembalilah sejuk burung terbang balik ke
sangkar.
4. Syair
adalah ambilan dari bahasa Arab. Tetapi para pengkaji berpandangan bahawaambilan
hanya setakat istilah sahaja.dari segi struktur ia adalah puisi asal dari
Dunia Melayu. Kata yang bermaksud syair atau penyair disebut di dalam Al-Quran. Syair adalah genre yang
sangat popular pada masa dahulu. Syair mula dicetak pada akhirkurun ke 19. Ada
sekitar 300 judul syair yang telah dicetak. Antara yang terkenal ialah Syair
Dandan Setia, Syair Bidasari, Syair Burung Pungguk, Syair Dagang, Syair
JuraganBudiman, Syair Ken Tambuhan, Syair Siti Zubaidah Perang Cina..Dari segi
struktur syair mempunyai empat baris dalam serangkap, dalam satu baris syair
terdapat 4 perkataan dengan 8-12sukukata. Rima akhir adalah a-a-a-a
5. Nazam juga
adalah perkataan Arab. Perkataan nazam digunakan sebagai istilah teknikkepada
suatu jenis puisi ditemui dalam Tajus Salatin. Hamka mengatakan nazam tidakberbeza
dengan syair dari segi strukturnya. Nazam lebih sesuai untuk tema
keagamaan.Lagu nazam berbeza dari syair kerana mempunyai tempo dan boleh
diiringi dengan muzikpercussion atau ketukan gendang dan rebana. Pada masa ini
terdapat kumpulan-kumpulanrebana yang bergerak di kampung-kampung. Sesetengah
mereka menyanyikan lagu nazam. Boleh dinyanyikan secara beramai sedangkan syair
disampaikan secara solo danmemerlukan vokal yang baik.
6. Gurindam-
Pengkaji sastera tradisional berpendapat bahawa gurindam tidak mempunyai bentuk
atauskima rima yang tertentu atau tetap. Ia tidak mudah dikenalpasti seperti
pantun atau syair.Walaupun gurindam tidak tertentu atau tidak tetap bentuknya
tetapi dari segi bahasaterdapat ciri-ciri khusus. Bahasa gurindam biasanya
padat dan bernas. Isinya lebihmenekankan nasihat, moral, pengajaran atau
kebenaran. Hal ini dipersetujui oleh SutanTakdir Alisjahbana dalam bukunya,
Puisi Lama (1971). Beliau menulis: “Gurindam ialah nasihat, pengajaran yang
mengandungi kebenaran”.Kepadatan serta kebenaran bahasa terletak pada pemilihan
dan penyusunan kata-katanyayang berhasil menimbulkan pengertian yang tepat dan
mendalam. Gurindam dapat dilihat terbahagi kepada dua jenis, iaitu
ada yang terikat dan ada yang tidak terikat atau bebas. gurindam berbentuk
terikat terdiri daripada dua baris dan berima a a.Kedudukan atau peranan baris
1 itu sebagai isyarat dan baris 2 sebagai jawab. Ini dapatditeliti dari
gurindam yang ditulis oleh Raja Ali Haji. gurindam Dua belas. Yang
mudahdilagukan ialah gurindam dua baris terikat yang mempunyai rima dan
sukukata yang hampirtetap dalam sebaris.
7. Perbezaan
antara gurindam dan seloka dapat dilihat pada isinya Isi gurindam berunsur
nasihat dan falsafah sementara seloka mengemukakangurauan, ejekan termasuk
kritik sosial dalam sindiran yang tajam Contoh: Baik budi emak Si Rendang anak
di pangku diletakkan kera di hutan disusui dagang pergi awak terhutang beras
habis padi tak jadicontoh ke 2 Aduhai malang Pak Kaduk Ayamnya menang kampung
tergadai ada nasi dicurahkan awak pulang kebuluran mudik menongkah surut hilir
menongkah pasang ada isteri dibunuh nyaris mati oleh tak makan masa belayar
kematian angin sauh dilabuh bayu berpuput ada rumah bertandang duduk.Seloka ini
adalah kesimpulan dari cerita Pak Kaduk. . Contoh cerita
penglipur lara ialah Hikayat Malim Deman, Malim Dewa, Awang Sulung Merah Muda,
Terung Pipit. Begitu juga cerita binatang, cerita-cerita jenaka seperti Lebai
Malang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan