Pengikut

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA JPN SABAH

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) telah digantikan dengan Program Transformasi Minda (TPM) ( muat turun borang )

06 April 2013

Kemahiran Menulis



Isahak Haron(1979) berpendapat kemahiran menulis (karangan) adalah mustahak dalam kegiatan-kegiatan pendidikan formal kerana kebanyakan jawapan dalam ujian dan peperiksaan rasmi adalah memerlukan pengucapan idea, pendapat, fakta dan lain-lainnya disampaikan melalui kemahiran bahasa tulisan yagn sifat bahasanya adalah formal. Mata pelajaran Bahasa Melayu yang diajar di sekolah mengambil kira tiga kemahiran yang utama iaitu lisan, bacaan dan penulisan. Pengajaran lisan dan bacaan tidak begitu menimbulkan masalah kerana bahan-bahan teks untuk pengajaran tersebut telah sedia ada dan murid-murid hanya perlu membuat rujukan sahaja. Sebaliknya dalam penulisan, guru menghadapi masalah kerana murid-murid perlu menampilkan idea sendiri dengan bantuan guru dan murid tidak pula berusaha untuk menulis karangan dengan baik. (Kamaruddin Hj Husin, 1988)

Di Barat, banyak kajian telah dibuat tentang penggunaan blog dalam penulisan dan proses pengajaran dan pembelajaran. Banyak pendapat telah dikemukakan tentang penggunaan blog dalam penulisan dan kemahiran menulis. Menurut Nelson dan Fernheimer (2003) blog boleh digunakan sebagai buku karangan maya pelajar di laman web. Manakala, Hurlbert (2005) menyatakan bahawa blog meningkatkan kemahiran menulis, kebolehan menulis dengan lebih baik dan mengkayakan kebolehan mengekspresi diri kita dalam bentuk cetakan. Manakala Bernstein (2004) mengatakan bahawa kerap menulis meningkatkan penulisan, menulis untuk pembacaan pembaca meningkatkan penulisan, penulisan yang bertujuan meningkatkan penulisan, menulis dengan komputer meningkatkan penulisan. Sloan(2005). Blog menawarkan peluang yang unik untuk pelajar menulis secara konsisten. Guru-guru boleh menggunakan blog untuk mempromosikan penulisan dan menambah kandungan pelajaran mereka dalam mana-mana disiplin pembelajaran sosial. Perbincangan berbentuk forum dalam talian mewarisi ciri kurang mengugut daripada perbincangan bersemuka, dan memberi peluang kepada pelajar untuk bercakap dengan lebih liberal tentang sesuatu topik tanpa berasa bimbang akan pandangan orang lain.
Tinjauan literatur mencadangkan blog boleh digunakan secara positif untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa dan muzik. Kennedy(2003) melaporkan tentang pengintegrasian blog dalam kelas bahasa Inggeris di sekolah menengah dan mengatakan bahawa penerbitan web menyediakan pelajar dengan pembaca yang sebenar dan apabila digunakan secara optimum, satu suasana kolaborasi untuk pelajar memberi dan menerima maklum balas, mengajuk atau meniru cara penulis profesional menggunakan persekitaran bengkel untuk menghasilkan kraf mereka.(seperti yang dicatat dalam Barlett-Bragg, 2003). Tambahan pula, blog boleh digunakan untuk meningkatkan kemahiran menulis pelajar seperti yang dibincangkan dalam literatur terdahulu (Godwin-Jones, 2003; Hernandez-Ramos,2004; Johnson 2004; Huffaker, 2005). Manakala Wickersham dan Chambers (2006) juga mencatatkan bahawa penggunaan portfolio elektronik memindahkan tanggungjawab pembelajaran kepada para pelajar, membenarkan mereka untuk melibatkan diri dan komited sepanjang proses pembelajaran dan dengan itu mengekalkan fokus pada suasana pembelajaran berpusatkan pelajar. Ellison dan Wu (2008) pula menyatakan bahawa pelajar lebih berusaha dalam penulisan mereka jika mereka tahu bahawa mereka menulis untuk semua pembaca di internet dan rakan sebaya, daripada kepada guru sahaja. Hakikatnya, blog mendedahkan pelajar kepada bilangan pembaca yang lebih ramai, kita boleh menjangkakan bahawa pelajar mungkin akan lebih berhati-hati dlaam penulisan secara dalam talian (daripada menghantar buku karangan kepada guru) Salah satu usaha awal menceritakan potensi blog dalam bilik darjah ialah artikel Oravec(2002), “Bookmarking the world”. Oravec membahas bahawa perkembangan blog membolehkan pelajar untuk menghasilkan satu suara penulisan dan menjadi lebih analitik dan kritik. Melalui respon yang aktif terhadap bahan dalam internet, pelajar boleh mendefinisikan kedudukan mereka dalam konteks penulisan mereka juga membentuk persepektif mereka dalam isu tertentu. (Richardson ,2005)mengatakan bahawa It will move writing as product to writing as conversation or contribution. Because of blogging, writing will take on more meaningful outcomes.
 Menurut Snow (2002), memahami sesuatu teks ialah proses berurutan penyuntingan dan pembentukan makna berdasarkan kebolehan, pengetahuan serta pengalaman seorang pembaca. Manakala, Vaughn et. al. (2000) pula menekankan, ramai murid memerlukan bimbingan dalam kemahiran membaca untuk meningkatkan kebolehan mereka memahami sesuatu teks. Kajian menunjukkan bahawa “...menggunakan strategi kefahaman dalam kalangan pelajar sekolah dapat meningkatkan kebolehan mereka memahami sesuatu teks.” (Eilers & Pinkley, 2006; Garner & Buchna, 2004).

Tiada ulasan: