Pengikut

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA JPN SABAH

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) telah digantikan dengan Program Transformasi Minda (TPM) ( muat turun borang )

06 April 2013

Teori Pembelajaran Kognitif



Teori pembelajaran kognitif ialah perubahan proses mental yang berlaku secara aktif. Teori ini dibina berdasarkan beberapa prinsip iaitu pertama, otak manusia aktif berfikir untuk memahami persekitarannya. Kedua ialah pembelajaran dan perkembangan bergantung pada pengalaman individu, ketiga pelajar membina pengetahuan, bukannya merekod. Pengetahuan melibatkan aktiviti memberikan makna dalam pengalaman. Keempat ialah pengetahuan yang dibina bergantung pada pengetahuan sedia ada pelajar. Kelima pula melibatkan pembelajaran meningkat dalam persekitaran sosial yang sesuai dan yang terakhir ialah pembelajaran memerlukan latihan dan maklum balas.



Gestalt merupakan pengkaji yang berasal dari Jerman yang membuat kajian ke atas seekor cimpanzi. Hasil kajian ini juga menghasilkan teori celik akal iaitu mendapat idea secara tiba-tiba atau juga dikenal sebgai pengalaman AhHa!. Bagi kes cimpanzi yang berada di dalam sangkar yang berusaha untuk mendapatkan pisang, kejayaan diperoleh apabila timbulnya idea secara tiba-tiba. Maka, cimpanzi dapat mengambil pisang dengan hasil idea yang timbul.



Yang kedua ialah teori pembelajaran Penerimaan Ausebel. David Ausebel merupakan seorang ahli psikologi Amerika (1918-2008). Teori ini mengambil kirapembelajaran individu dalam konteks sekolah atau bilik darjah. Pembelajaran bermakna boleh berlaku melalui penggunaan bahan yang bermakna. Bahan yang dimaksudkan boleh dalam bentuk teks atau penyampain guru. Ini membolehkan banyak maklumat dapat dikuasi secara serentak. Menurut Ausebel, pembelajaran bergantung pada pengetahuan asas sama ada dalam bentuk pengetahuan sedia ada ataupun persembahan maklumat umum ataupun gabungan kedua-duanya. Hal ini berlaku pada masa maklumat baru sedang dalam proses perolehan. Pembelajaran akan berlaku apabila makluamat baru mempunyai kaitan dengan maklumat atau pengalaman sedia ada dalam struktur kognitif.

Tiada ulasan: