Pengikut

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA JPN SABAH

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) telah digantikan dengan Program Transformasi Minda (TPM) ( muat turun borang )

06 April 2013

Kesilapan Dalam Peribahasa Akibat Kesilapan Mengeja Rumi Daripada Jawi


1. Melepaskan batuk di tangga  sebenarnya melepaskan batok di tangga.
 
Tempayan bekas air dan batok (sejenis timba / gayung tempurung)
ملڤسکن باتوق د تڠݢ
2. Harapkan pagar, pagar makan padi sepatutnya harapkan pegar, pegar makan padi.
ڤݢر ماکن ڤادي،هرڤکن ڤݢر
 
Ayam pegar - sejenis burung yang menyerupai ayam

 Pendapat baharu tentang peribahasa “Harapkan pegar, pegar makan padi” (Harapkan pagar, pagar makan padi) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa  ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. Begitu juga dengan peribahasa “Melepaskan batuk di tangga”. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah “Melepaskan batok di tangga” semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Peribahasa ialah perumpamaan atau ibarat dan kita boleh menerangkan maksud peribahasa berdasarkan bandingan objek-objek dalam ungkapan berkenaan.- (Sumber Dewan Bahasa dan Pustaka)

Tiada ulasan: