Pengikut

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA JPN SABAH

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) telah digantikan dengan Program Transformasi Minda (TPM) ( muat turun borang )

07 April 2013

Tip Menjawab Soalan Penulisan UPSR


A. Memindahkan Maklumat

1.   Baca arahan dengan teliti.
2.   Teliti bahan rangsangan yang diberikan, sama ada berupa gambar tunggal atau gambar bersiri.
3.   Kenal pasti perkara-perkara atau aktiviti-aktiviti yang dapat dilihat dengan jelas dalam gambar tersebut supaya maklumat-maklumat yang diperoleh itu adalah maklumat- maklumat tersurat sahaja.
4.   Melalui penelitian bahan rangsangan tersebut, anda akan dapat mengenal pasti idea keseluruhan gambar tersebut.
5.   Binalah lima ayat yang lengkap. Anda boleh membina ayat tunggal atau ayat majmuk.
6.   Nama watak boleh diguna mengikut kesesuaian.
7.   Nomborkan setiap ayat yang dibina.
8.   Pastikan ayat-ayat yang dibina tepat dari segi struktur ayat, penggunaan kata, ejaan, imbuhan dan tanda baca.


B. Menulis Karangan

1.   Baca dan fahami kesemua tajuk yang diberikan.
2.   Pilihlah tajuk karangan berserta formatnya yang benar-benar dikuasai.
3.   Pastikan dapat menghuraikan tajuk tersebut sehingga menjadi karangan yang sempurna.
4.   Sediakan rangka karangan supaya fakta yang anda kemukakan tidak berulang.
5.   Pastikan terdapat pendahuluan, isi-isi penting dan penutup pada karangan anda.
6.   Pendahuluan karangan mestilah berkaitan dengan tajuk.

7.   Kembangkan  isi-isi  penting  dalam  bentuk  beberapa  perenggan.  Setiap  perenggan seharusnya mempunyai perkaitan antara satu dengan yang lain.
8.   Isi-isi perenggan perlu diberikan huraian dan disertakan dengan contohnya.
9.   Karangan anda mestilah mempunyai penutup, yakni kesimpulan tentang tajuk.
10. Setelah selesai menulis semak karangan yang tertinggal, contoh yang kurang tepat, kesalahan dari segi tatabahasa, ejaan, tanda baca dan sebagainya.



C. Membina ulasan


1.   Bacalah arahan soalan dengan teliti dan kenal pasti kehendak soalan.
2.   Soalan meminta lima ulasan yang berkaitan aspek-aspek tertentu. misalnya, pengajaran, nilai murni, amalan baik, kebaikan, faedah dan sebagainya.
3.   Tulis ulasan anda itu dalam satu perenggan sahaja yang panjangnya tidak lebih daripada
50 patah perkataan.
4.   Gunakanlah penanda wacana bagi memperlihatkan kelancaran idea karangan anda.
5.   Pastikan ayat-ayat gramatis.
6.   Semaklah ulasan supaya tiada kesalahan dari segi tatabahasa, ejaan, tanda baca dan sebagainya.

Tiada ulasan: