Pengikut

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA JPN SABAH

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) telah digantikan dengan Program Transformasi Minda (TPM) ( muat turun borang )

30 April 2013

Pakaian Graduan



4.0 PAKAIAN
Semua graduan diingatkan untuk memakai pakaian rasmi/formal semasa pendaftaran. Kegagalan mematuhi etika berpakaian penjawat awam membolehkan pihak pengurusan konvokesyen menghalang anda dari mendaftar untuk menghadiri konvokesyen.

4.1 PAKAIAN AKADEMIK
Semua graduan mesti mengenakan pakaian akademik (jubah) dan mortar board (penerima ijazah sahaja) sepanjang majlis konvokesyen.
Jubah akademik graduan (disediakan oleh pihak IPG Kampus).
Anda dikehendaki melengkapkan Borang Peminjaman Pakaian Akademik (Lampiran 1) dan membawanya bersama semasa mengambilan Pakaian Akademik.
Urusan pinjaman pakaian akademik selepas dari tarikh dan waktu yang ditetapkan oleh IPG kampus tidak akan dipertimbangkan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi IPG Kampus masing-masing.
  Graduan yang tidak mematuhi syarat berpakaian seperti yang dinyatakan TIDAK DIBENARKAN masuk dewan Majlis Konvokesyen.
4.2 Pakaian Graduan Lelaki:-
Sepasang Baju Melayu warna gelap, bersampin kemas atau
Lounge suit termasuk seluar berwarna hitam , atau
Kasut kulit hitam dan stokin hitam.
Pakaian selain daripada yang dinyatakan di atas adalah TIDAK DIBENARKAN.

4.3 Pakaian Graduan Perempuan:-
Jubah akademik graduan (disediakan oleh pihak IPG Kampus).
Baju kurung /baju kurung moden /Pakaian tradisional yang tidak mencolok mata
Graduan yang mengandung boleh memakai pakaian yang bersesuaian.
Kain jenis ‘lace' boleh dipakai dengan syarat ada ‘lining'.
Warna pakaian adalah pilihan sendiri.
Kasut bertutup dan bertumit (court shoes) sekurang-kurangnya 1.5 inci.
Pakaian  fesyen berseluar  tidak dibenarkan sama sekali.
Pakaian gaun atau ‘skirt' melebihi paras lutut, ‘blouse' tanpa lengan, kemeja-T, kain pario dan seluar adalah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI

Tiada ulasan: