Pengikut

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA JPN SABAH

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) telah digantikan dengan Program Transformasi Minda (TPM) ( muat turun borang )

07 April 2013

Keselamatan Jalan Raya


Apabila bercakap tentang keselamatan jalan raya, perkara yang serupa akan diperkatakan.  Mungkin orang ramai sudah lali dengan  kempen keselamatan jalan raya.

     Semua lapisan masyarakat sedar akan sudah banyak kempen keselamatan jalan raya yang telah dilancarkan untuk keselamatan para pengguna jalan raya. Kempen tersebut bertujuan untuk mengingatkan pengguna supaya berhati-hati ketika berada di jalan raya,  Gambar-gambar serta poster-poster yang memaparkan kemalangan ngeri serta kenderaan remuk telah dijadikan bahan pameran.  Turut dihebahkan termasuklah statistik kemalangan pada setiap tahun.  Namun, yang menghairankan ialah bilangan kenderaan yang terlibat dalam kemalangan jalan raya serta jumlah mangsa yang terkorban turut meningkat pada setiap  tahun.


     Selain itu, jumlah kemalangan jalan raya di Malaysia antara tertinggi di dunia.  Penyataan ini amat membimbangkan kerana sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa kemalangan.  Persoalannya ialah, bagaimanakah keadaan ini berlaku?  Siapakah yang seharusnya dipersalahkan?  Adakah para pemandu cuai atau tidak beretika semasa berada di jalan raya?  Mungkinkah para pemandu sengaja melanggar undang-undang jalan raya?  Jawapannya ada pada pengguna jalan raya itu sendiri.

     Oleh itu, tanggungjawab menjaga keselamatan jalan raya bukan hanya terletak pada jabatan-jabatan kerajaan seperti pihak Polis Trafik, Jabatan Pengangkutan Jalan, dan sebagainya.  Semua pihak harus bekerjasama agar kadar kemalangan yang menakutkan ini dapat dikurangkan.  Tanpa kesedaran yang jitu pada setiap pengguna jalan raya, kempen-kempen keselamatan yang dijalankan tidak akan membawa apa-apa perubahan.

     Kita perlu menganggap bahawa mangsa yang terlibat dalam kemalangan jalan raya itu ialah diri kita sendiri atau daripada kalangan keluarga kita.  Justeru, adakah kita sanggup melihat kemalangan itu terjadi? 

Tiada ulasan: