Pengikut

PROGRAM TRANSFORMASI MINDA JPN SABAH

Kursus Induksi Sistem Saraan Malaysia (KISSM) telah digantikan dengan Program Transformasi Minda (TPM) ( muat turun borang )

30 April 2013

Pakaian Graduan



4.0 PAKAIAN
Semua graduan diingatkan untuk memakai pakaian rasmi/formal semasa pendaftaran. Kegagalan mematuhi etika berpakaian penjawat awam membolehkan pihak pengurusan konvokesyen menghalang anda dari mendaftar untuk menghadiri konvokesyen.

4.1 PAKAIAN AKADEMIK
Semua graduan mesti mengenakan pakaian akademik (jubah) dan mortar board (penerima ijazah sahaja) sepanjang majlis konvokesyen.
Jubah akademik graduan (disediakan oleh pihak IPG Kampus).
Anda dikehendaki melengkapkan Borang Peminjaman Pakaian Akademik (Lampiran 1) dan membawanya bersama semasa mengambilan Pakaian Akademik.
Urusan pinjaman pakaian akademik selepas dari tarikh dan waktu yang ditetapkan oleh IPG kampus tidak akan dipertimbangkan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi IPG Kampus masing-masing.
  Graduan yang tidak mematuhi syarat berpakaian seperti yang dinyatakan TIDAK DIBENARKAN masuk dewan Majlis Konvokesyen.
4.2 Pakaian Graduan Lelaki:-
Sepasang Baju Melayu warna gelap, bersampin kemas atau
Lounge suit termasuk seluar berwarna hitam , atau
Kasut kulit hitam dan stokin hitam.
Pakaian selain daripada yang dinyatakan di atas adalah TIDAK DIBENARKAN.

4.3 Pakaian Graduan Perempuan:-
Jubah akademik graduan (disediakan oleh pihak IPG Kampus).
Baju kurung /baju kurung moden /Pakaian tradisional yang tidak mencolok mata
Graduan yang mengandung boleh memakai pakaian yang bersesuaian.
Kain jenis ‘lace' boleh dipakai dengan syarat ada ‘lining'.
Warna pakaian adalah pilihan sendiri.
Kasut bertutup dan bertumit (court shoes) sekurang-kurangnya 1.5 inci.
Pakaian  fesyen berseluar  tidak dibenarkan sama sekali.
Pakaian gaun atau ‘skirt' melebihi paras lutut, ‘blouse' tanpa lengan, kemeja-T, kain pario dan seluar adalah TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI

18 April 2013

Penyakit Darah Tinggi



Rawatan penyakit darah tinggi dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran
Di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah, pesakit darah tinggi akan diberi ayat-ayat berikut untuk mereka amalkan dan seterusnya disertai dengan doa kepada Allah untuk memohon penyembuhan. Ayat-ayat tersebut adalah:
1.    Surah Al-Qasas ayat 42 hingga 50
2.    Surah Yunus ayat 48 hingga 61
3.    Surah Al-Anbiya’ ayat 51 hingga 72
4.    Surah Al-Furqan ayat 41 hingga 52
5.    Surah An-Nahli ayat 51 hingga 64
6.    Surah Huud ayat 41 hingga 53
Cara amalan ayat-ayat Al-Quran tersebut ialah, pesakit hendaklah membaca surah pertama iaitu surah Al-Qasas tiga kali pada waktu malam dan surah kedua iaitu surah Yunus tiga kali pada waktu siang. Pembacaan ini hendaklah diamalkan setiap hari selama tiga hingga empat minggu. Selepas membaca tiga kali, pesakit perlu memohon doa kepada Allah swt untuk penyembuhan. Selepas membaca dua surah pertama tadi, pesakit hendaklah mengulang amalan-amalan tersebut dengan surah-surah yang berikutnya.
Adalah lebih baik sekiranya pesakit datang untuk berjumpa dengan perawat-perawat Al-Hidayah terlebih dahulu supaya dapat kami mengenal pasti (diagnose)  jikalau ada penyakit-penyakit lain yang menyebabkan penyakit darah tinggi, atau terdapat kesan-kesan sampingan yang disebabkan oleh penyakit darah tinggi ini, dan seterusnya bolehlah kami rawat dan beri ayat-ayat Al-Quran yang lain yang sesuai dengan penyakit yang dialami oleh pesakit.
Adalah dinasihatkan agar pesakit yang ingin berubat dengan menggunakan ayat-ayat Al-Quran ini tidak berhenti terus mengambil ubat-ubat yang telah diberi oleh pihak hospital, tetapi boleh mengurangkan dos pengambilan ubat-ubat hospital secara perlahan-lahan mengikut kadar pemulihan pesakit.    Terapi penyembuhan melalui ayat-ayat Al-Quran ini memakan masa, disiplin dan kesabaran. Kaedah rawatan ini bukan lah seperti “magic”, hari ini pesakit membaca ayat-ayat yang diberi dan esok nya pesakit mengharap penyakit itu sembuh.  Pesakit mesti yakin 100% akan mukjizat ayat-ayat Al_Quran dalam penyembuhan penyakit.
Kaedah rawatan dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran ini juga berkonsep “2 in 1” atau “Dua dalam Satu”. Selain kita mendapat penyembuhan dari Allah swt dari penyakit yang kita alami, kita juga mendapat pahala dari amalan membaca ayat-ayat Al-Quran ini. Maklumbalas dari ramai pesakit-pesakit kami yang telah mengamalkan ayat-ayat al-Quran ini, mereka rasa tenang dan tenteram setelah membaca ayat-ayat al-Quran ini dan dengan sendirinya hilang rasa stres dan tekanan emosi. Apabila stres dan tekanan emosi pesakit dapat dikuasi, dengan sendirinya tekanan darah pesakit akan menurun dan menjadi normal. Subahanallah,  itulah mukjizat al-Quran!
Diharap agar kepada semua pembaca yang ada menghidapi penyakit darah tinggi untuk jangan jemu berdoa kepada Allah swt memohon penyembuhan dengan penuh tawaduk dan istiqamah pada setiap hari.  InshaAlah, Allah swt memandang dan sentiasa menilai akan usaha dan kegigihan hamba-hambaNya dalam usaha untuk sembuh dari satu-satu penyakit.
Islam menganjurkan umatnya berdoa untuk kesihatan.  Sesungguhnya junjungan kita Nabi Muhamamad saw  pernah bersabda:
“Tidak ada sesuatu yang diminta lebih disukai oleh Allah dari Afiat (kesejahteraan kesihatan)” - Riwayat At-Tarmizi

17 April 2013

Thyroid


PENGENALAN
Thyroid ialah organ yang terletak di leher manusia. Fungsinya ialah mengeluarkan hormon. 
Antara hormon yang terpenting ialah T3 (triiodothyronine) dan T4 (thyroxine). Hormon-hormon ini mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia. 
Sel-sel thyroid adalah satu-satunya sel dalam badan yang boleh menyerap iodine yang diambil dalam pemakanan kita. Iodine ini akan bergabung dengan amino asid tyrosine yang kemudiannya akan ditukar menjadi T3 dan T4.
Dalam keadaan normal peratus pengeluaran T4 adalah 80% manakala T3 15%. Baki 5% adalah hormon-hormon lain seperti T2 dsb. 
T3 dan T4 membantu sel menukar oksigen dan kalori kepada tenaga. T3 adalah lebih aktif daripada T4.T4 yang tidak aktif itu akan ditukar kepada T3 oleh enzim 5-deiodinase yang ada di dalam hati dan buah pinggang. Proses ini berlaku di organ-organ lain seperti hypothalamus yang berada di bahagian otak kita. 
Hormon-hormon lain yang berkaitan dengan fungsi thyroid ialah TRH dan TSH. Hormon-hormon ini membentuk satu system yang kompleks.TRH dikeluarkan oleh oleh hypothalamus. TRH ini menyebabkan pituitari mengeluarkan TSH. TSH pula akan menyebabkan thyroid mengeluarkan T3 dan T4. Oleh itu apa-apa yang mencacatkan salah satu proses di atas akan menyebabkan berlakunya masalah thyroid.
JENIS JENIS PENYAKIT TAIROD
1
Hyperthyroidism / Thyrotoxicosis
2
Hypothyroidism 
PENYAKIT THYROTOXICOSIS Thyrotoxicosis berlaku apabila kilang tairod mengeluarkan terlalu banyak hormon tairod, yang mana ianya mengawal tahap metabolisma badan kita. Hormon tairod yang berlebihan mempercepatkan metabolisma, ini memberi kesan kepada banyak proses-proses badan dan organ. Gejala ini biasanya berlaku pada wanita berbanding lelaki dan sering terjadi semula. Jika penyakit ini tidak dirawati, ianya akan membawa kepada komplikasi yang lebih serius. Mereka yang berisiko menghidap penyakit ini ialah : 
Perempuan
Genetik
Mengidapi sakit pituitari atau endocrine yang lain 
Usia lebih 60 tahun 
Merokok
GEJALA
Bengkak di leher
Tidak tahan panas
Degupan jantung bertambah, sentiasa berdebar-debar
Haid tidak teratur, haid kurang atau tidak datang
Kesuburan turun
Konsentrasi kurang
Kulit lembap
Lemah dan sukar tidur
Mata menjadi besar 
Mood yang tidak menentu
Kejang otot , cirit bagi sesetenganh kes
Resah dan gelisah
Oesteoporosis
Pengeluaran peluh yang banyak dan tangan terketar-ketar
Rambut tidak kuat
Turun berat badan walaupun selera naik 
KOMPLIKASI
Kerosakkan jantung.
Hakisan tulang atau tulang menjadi nipis.
Penyakit mata semakin teruk walaupun diberi rawatan.
SEBAB Sebab-sebab terjadinya penyakit thyrotoxicosis ini belum lagi diketahui sepenuhnya, tetapi merujuk kepada:
Gangguan pada sisitem imuniti yang mencetuskan pengeluaran berlebihan hormon tairod.
Pembesaran nodul dalam kilang tairod.
RAWATAN Ubat
Propranolol, atenolol, inderal melegakan rasa berdebar, mengawal tekanan dan mengawal rasa   gelisah
Carbimazole dan propylthiouracil untuk mengawal hyperthyroidism
Antibiotik sekiranya ada jangkitan kuman
Radioaktif iodine  Membuang tisu sel thyroid yang terlebih aktif. Selepas rawatan, sel ini akan mengecut dan jumlah hormon yang dikeluarkan menurun. Tidak sesuai untuk yang sedang mengandung, menyusukan anak. Bagaimanapun rawatan ini mungkin menyebabkan pesakit mendapat hypothyroidism (sila lihat di bawah) dan terpaksa mengambil ubat sepanjang hayat mereka.  Pembedahan  Sebahagian thyroid gland akan dibuang. Mungkin rawatan pilihan kepada kanak-kanak dan orang yang mengandung.  Pemakanan 
Ambil lebih brokoli, cabbage, cauliflower, soya, kekacang 
Ambil Calsium dan Magensium untuk membantu proses metabolisma yang betul (ingat penyakit thyroid ialah penyakit yang berkaitan dengan metabolisma) 
Kurangkan pengambilan makanan yang diproses, gula, kaffein dan alkohol 
Pengambilan herba juga boleh diamalkan. Ia lebih bergantung kepada merawat tanda-tanda seperti passionflower (untuk membantu merawat kegelisahan, kunyit dan ginkgo biloba (menambahkan konsentrasi) 
PENYAKIT HYPOTHYROIDISM Hormon thyroid (T3 dan T4) rendah. Antara penyebabnya ialah :
Chronic autoimmune thyroiditis - pembengkakan dan kerosakkan tisu tairod.
Kurang iodine dalam pemakanan
Radiasi
Rawatan radioaktif iodine
Thyroid gland dibuang
Tanda-tanda orang yang menghidapi hypothyroidism
Badan rasa lemah 
Daya ingatan menurun 
Hilang deria rasa dan bau 
Kadar pengepaman jantung perlahan
Kulit jadi kuning - lesu, pucat 
Kulit kering 
Masalah kesuburan 

Menjadi pekak, tinitus (telinga berbunyi) 
Kejang otot dan bengkak 
Myxedema - cecair keluar ke tisu menyebabkan puffiness (terutamanya di muka) 
Pendarahan haid banyak (heavy period) 
Percakapan lambat 
Pertambahan berat badan 
Rambut gugur 
Rasa mengantuk 

Rendah nafsu seks
Sakit kepala 
Sembelit ;Suara menjadi serak; Tak tahan sejuk .
Rawatan
a
Ubat thyroxine (Jenama original Oroxine) diberi sekali sehari 
b
Ambil lebih iodine dalam makanan (makanan laut dsb.) 
c
Pengambilan herba untuk merawat tanda-tanda seperti horsetail.